Resepi 169 : Kuey Teow Goreng Simple

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni utk brunch, ABM buat kuey teow goreng
Gune je lah ape bahan yg ade kat dapur tu
Main campak2
Taraa, jadilah kuey teow goreng yg simple ni


Okeylah, ABM pon malas nak bercerita pepanjang
Sebab tadi ade exam
Tapi, tak dpt buat dengan sebaiknya
hrmm *sedih*
Sebab tu lah balik2 rumah je bukak peti ais
Ambik bahan yg ade buat menu ni
Stress sbb tak dpt jawab exam td dgn lancar
Moral of the story,
Jangan study last minute
*noted*


Jom semak resepi ape yg ABM guna 
Dalam buat kuey teow goreng ni
ABM juga rujuk kat blog Che Mat


BAHAN BAHAN

400g-500g mee kuey teow
200g udang
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
4 biji bawang merah kecil - dihiris
2 ulas bawang putih
2 keping fishcake - dihiris
3 batang cili merah - dihiris
1/2 cawan air
5 sudu besar kicap manis - Boleh tambah ikut citarasa
beberapa titik sos ikan
gula secukup rasa
1 biji telur
minyak utk menumis

sayuran
taugeh - secukupnya
daun kucai - secukupnya
sawi - secukupnya (asingkan batang dan daunnya)

optional
lemon/lime/limau kasturi
bawang goreng

CARA CARA
1. Didalam kuali, masukkan minyak, bawang putih dan bawang merah. Tumis hingga harum. Kemudian, masukkan sos tiram dan cili kering kisar. Tumis sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan fishcake dan udang. Gaul rata. Buatkan ruang di tengah kuali, masukkan telur dan biarkan sehingga telur agak masak. Hancurkan dan ratakan. Masukkan pula kicap manis dan air. Ratakan dan biarkan sehingga agak pekat. Masukkan pula kuey teow. Gaul rata.
3. Masukkan taugeh, daun kucai dan batang sawi. Gaul rata dan biarkan seketika. Masukkan pula daun sawi dan cili merah. Gaul rata. Jika rasa kurang garam, masukkan sos ikan. Kemudian, stabilkan rasa dengan gula. Gaul rata dan matikan api. Siap dihidang.

ENJOY!

Comments

Unknown said…
Hehehe,oo..mkn untuk meredakn kesdihan la ni ya.senang ja nk msak kueytiaw goreng rpanya.hu,klu tkaq buh bihun pun ok ja kut kan? :D
A.B.M said…
tu lah. makin tensen makin nak masak. :D
boleh je. Mee yg kuning pon boleh. :D
Anonymous said…
dah 3kali masak kuew tiaw resipi ABM & che mat gebus..sedap sangat..tq share
Jay said…
Your picture tempted me to try out this recipe. Sungguh sedap! :-D
Anonymous said…
Leyh try nnt..cam besh jew,tambah2 utk yg putus cinta..huhu
faddyjalal@yahoo.com said…
Selepas Zul cite ttg ABM yg sngt rajin masak dn dia slalu dpt rasa masakan ABM, makcik trus cri blog ni dan rasa amat kagum dgn kebolehan ABM. Terime kasih bnyk2 sbb selalu kasi Zul makan!!!
Unknown said…
salam ABM,
nak tanya,sy ni tak reti sgt masak or bahan2 ni..
cili keirng kisar tu,sama tak dgn cili boh?
ka sy mmg kena kisar jugak?
kalau kisar kan,masa kisar tu,campur cili dgn air ka??
TQ na?
OKje said…
Tak pernah goreng kuew tiaw.....sebab takut hancur
bil said…
saya akan try buat keutiow ni utk dinner mlm ni!!
Syafg said…
Sedap sngat resepi ni , ade sesetengah guna sos cili dan tomato , resepi yg ni tak payah guna pon dah sedap sngat .
Aneka Resipi said…
Kuey teow goreng adalah kegemaran kami sekeluarga. Mesti cuba resepi ni.

Popular Posts