Resepi 257 : Tiramisu Millie Crepes - Adults' sweet!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Terlebih dahulu nak ucapkan
Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2
yg berada di seluruh dunia ni.
Terutama sekali kepada En Misnan bin Ahmad.
Thanks ayah for teaching me to be a good person.
Jasamu tiada bandingnya.


Today's dessert is dedicated to my father.
He loves coffee and i think
he gonna like this dessert.
Resepi ABM rujuk dari blog Pn Azlita.
Lagipon haritu ABM ade buat Vanilla Custard Millie Crepes.
So, ade lebihan kek yg belum digunakan.
Daripada membazir baik gunakan sepatutnya.
Pn Azlita pon ade buat tiramisu crepes kat blog beliau.
Tapi, ABM tak ikut resepi dari situ.
Cuma daripada resepi Vanilla Custard Millie Crepes tu,
ABM just tambah coffee dalam custard and
parutan coklat di setiap lapisan.
So, Jadilah ala2 Tiramisu jugak kan.
So, sesape yg nk try tu,
boleh la rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(ABM buat saiz 18cm)

Crepe
20g tepung jagung
80g gula kastor
500ml susu segar / susu cair
30g butter - dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Kek Span (Optional)
A
4 biji kuning telur
20g gula kastor

B
4 biji putih telur
100g gula kastor
95g tepung gandum
15g susu tepung
70g butter - dicairkan

p/s: kalau nk buat chocolate cake, just tambah sedikit cocoa powder dalam adunan

 Coffee Cream Custard (Eggs Free)
500ml susu segar
3 1/2 sudu besar tepung kastard
85g gula kastor (ABM guna 100g)
2 sudu besar butter 
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
300ml whipping cream
2-3 sudu besar espresso

Coffee Cream Custard (with Eggs)
450ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85g gula kastor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla 
secubit garam
200ml whipping cream
2-3 sudu besar espresso

p/s : Untuk Coffee Cream Custard, boleh guna Eggless or with Eggs. Buat salah satu sahaja.

Bahan lain
Parutan coklat / cocoa powder secukupnya
Biskut lady fingers secukupnya - optional
sedikit espresso utk disapu atas lapisan kek



CARA CARA


Crepe
1. Sediakan plastik secukupnya untuk dilapik pada setiap crepe nanti.
2. Dalam satu bekas, masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung dan garam. Gaul rata. Masukkan separuh daripada susu segar kedalam tepung tadi. Gaul sebati sehingga tidak berketul.
3. Didalam mangkuk lain, satukan kuning telur, gula dan lebihan susu segar. Kacau rata sehingga sebati.
4. Tuang adunan kuning telur kedalam adunan tepung tadi, Kacau sebati. Pada stage ni, ABM tambah sedikit lagi tepung naik sendiri sbb ABM rasa adunan ABM buat macam still pada peringkat "air". Adunan mesti pekat sedikit. Tp jgn terlalu pekat pula ya. Kalau terlalu pekat nanti crepe tebal pulak.
5. Tambah butter yg dicairkan dan vanilla. Kacau rata.
6. Tapis adunan untuk mendapatkan adunan yg smooth. Tutup bekas dengan plastik wrap dan masukkan kedalam peti ais sekurang kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
7. Sediakan kuali bulat dasar leper, oles dgn sedikit minyak. Kemudian, masukkan kurang satu senduk adunan kedalam kuali (Ikut saiz senduk juga ya).
8. Gerakkan kuali sehingga adunan berbentuk bulat. Jgn masukkan bnyk adunan, nanti crepe akan tebal. Semakin nipis crepe, semakin enak dimakan. Gunakan api kecil.
9. Bila permukaan crepe dah kering, tak payah diterbalikkan, terus angkat. Lapik dengan plastik untuk mengelakkan daripada crepe mengering. Buat sehingga habis dan lapik dengan plastik setiap lapisan ya. Biar sejuk disuhu bilik sebelum masukkan filling.

Kek Span (Optional)
1. Panaskan oven 170c.
2. Sediakan loyang 8 inci (kalau nk buat saiz 18cm, gunalah loyang 18cm ya) dan masukkan kertas minyak.
3. Pukul bahan A sehingga kembang dan pucat. 
4. Didalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kental (hard peak). 
5. Masukkan putih telur kedalam adunan bahan A tadi. Kaup balik sebati.
6. Ayakkan tepung dan susu tepung (serta cocoa powder - jika nk buat coklat sponge cake), Kaup balik adunan sebati. Kemudian, masukkan butter yg dicairkan dan kaup balik sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 20 minit. (Jika 18cm, lebih kurang 30 minit camtu. Bergantung pada oven). 
8. Bila dan masak, sejukkan atas redai. Belah kek kepada dua lapisan.Untuk crepe ni, gunakan satu lapisan je. Kalau dasar tinggi sangat tak cantik pula kan.


Coffee Cream Custard (Eggs Free)
1. Didalam periuk, masukkan susu segar, tepung custard, gula dan garam. Pukul sebati.
2. Letak periuk atas api, gunakan api sederhana, kacau adunan.
3. Masukkan butter dan kacau sehingga adunan pekat dan terdapat letupan di permukaan custard.
4. Tutup api. Kemudian, tapis custard untuk mendapatkan custard yg licin.
5. Masukkan esen vanilla dan espresso, kemudian kacau sebati. Cover permukaan custard dgn plastic wrap. Pastikan plastic wrap mencecah permukaan custard. Boleh simpan dalam peti ais untuk disejukkannya.
6. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan custard yg dh sejuk tadi dan kaup balik sebati. Sedia untuk digunakan.

Coffee Cream Custard (with Eggs)
1. Masukkan susu segar kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Tutup api, masukkan tepung jagung dan tepung gandum dengan segera dan kacau sehingga licin.
3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kemudian, tambahkan kuning telur. Kacau sebati.
4. Letakkan diatas dapur semua dan gunakan api sederhana, masak sehingga adunan memekat. Jika terdapat gelembung2 udara pecah dipermukaan, tutup api.
5. Tambahkan butter, garam, espresso dan esen vanilla. Kacau sebati. Tapis adunan untuk dapatkan adunan yg licin.
6. Wrapkan dengan plastic sehingga mencecah ke permukaan custad dan biarkan sejuk sebelum memasukkan whipping cream.
7. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan sedikit demi sedikit adunan kedalam custard. Kaup balik sehingga habis. Cream sedia untuk digunakan.

Penyediaan
1. Ambil kek yg dipotong tadi dan sapukan dengan espresso. Tujuannya untuk melembabkan kek tersebut disamping memberi rasa padaya.
2. Sapukan coffee cream keatasnya dan tabur dengan parutan coklat/cocoa powder. Kemudian lapik dengan lapisan crepe lagi. Buat sehingga habis. Cream jgn terlalu tebal pula ya.
3. Salut keseluruhan kek dengan coffee cream tadi. Jika ada biskut ladyfingers, lekatkan dibahagian tepi kek.
3. Masukkan kedalam peti ais untuk cream lebih mengeras sebelum dipotong. ABM biarkan semalaman. Bila dah siap semua, boleh la deco ikut citarasa masing2.

Selamat Hari Bapa
&
ENJOY!

Comments

salam...

wah... kemas, cantik & simple...
teringin gak nk buat, tp tak rajin nk buat kulit crepe yg byk2 tu...
A.B.M said…
wslm

try la buat. buat crepe tu x ambik bnyk masa sgt pon. cuma nk tunggu crepe tu sejuk je agak lama. :)
faa.rosli said…
jelez betul laa tgk...!
Unknown said…
ya ALLAh...sedapnyeeeeee.....
A.B.M said…
[faa]
try la buat faa. kompom puas hati. :)
A.B.M said…
[ayu]
mmg sedappp. :)))
Cheetah said…
wahh!! sedapnyaaa! rajinnya dia buat kek2 mcm ni.. sgt kreatif..
Ina Mohamed said…
Salam kenal ABM. Nice blog! Gambar2 pun cantik.

Sedap betol tgk tiramisu tu. Nak2 klu sejuk kan. Biasa ABM guna lady fingers brand apa yer?

Popular Posts